Wednesday 6 November 2013

....HiJrAh.....

apa erti hijrah pada diri anda?? thats the question that i get today.. let me answer it personally... pada saya hijrah beerti perpindahan dari pelbagai aspek kepada sesuatu yang lebih baik..

Hijrah dari segi bahasa ialah: berpindah


Hijrah dari segi istilah ialah: perpindahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berserta sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul 



penghijrahan diri saya bermula apabila seorang anak derhaka ini berubah untuk menjadi anak yang taat.. kenapa? ceritanya bermula apabila aku mengetahui yang seorang ayah sanggup menduakan isterinya.. sungguh kutak sangka.. demi perempuan itu sanggup mengeluarkan wang sehingga 50k semata-mata menurutkan kemahuan perempuan itu..hancur hati ini tatkala melihat seorang ibu menangis  tanpa henti tatkala melihat peristiwa itu.. namun aku takkan diamkan diri sehinggan aku sanggup mengintip seorang bapanya.. ya aku berjaya membongkarkan rahsianya... pelbagai cacian dan kata kesat ku lontarkan buat seorang insan yang bergelar ayah namun syaitan menguasai mindaku.. seorang ayah sanggup memukul anknya demi mempertahankan perempuan yang kupanggil betina itu.. aku redha dipukul tapi hati ini sakit..sakit hati aku sakit lagi hati seorang ibu.. aku tekad untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan..cerai?? yup, that i ask for... aku meminta ayahku melepaskan ibuku dan aku mampu menjaga keluarga ini.. xkusangka ini yang aku lakukan..namun kuasa ALLAH xsiapa yang dapat ketahui..perlahan-lahan DIA bukakkan pintu hatiku..selama bertahun-tahun aku mendiamkan diri tanpa 1 patah perkataan..bukan mudah nak terima semua nie... aku sedar apapun yang berlaku dia tetap seorang ayah, wali aku tatkala aku diijabqabulkan... hijrah dalam, diri aku berlaku tatkala seorang ayah merayu,menangis pada seorang anaknya untuk memaafkan segala perbuatannya dan memberikan peluang kedua... semenjak peristiwa itu aku kenang segala dosa terhadap seorang ayahnya..sanggup anaknya menghalau seorang ayahnya,meminta menceraikan ibunya tapi aku tak rasakan itu semua salah..aku cume mempertahankan ibu serta adik-adik..mereka tak tahu apa-apa..setelah kejadian itu aku tekad untuk menerimanya kembali..xsalah memberikan peluang yang kedua..ya aku bahagia apabila peluang kedua itu membuatkan aku tersenyum melihat kebahagiaan keluargaku hari ini.. aku bersyukur penghijrahan yang ku hadapi membuatkan aku menjadi seorang insan yang lebih menghargai seseorang,menyayangi dan memahai nasib orang lain.. walaupun apa yang aku lalui merupakan detik paling hitam dalam diri ini tapi aku mampu menghadapinya jua.. semoga hijrah yang aku alami mampu membuatkan aku lebih tabah,dan menghargai kedua orang tuaku... semoga kebahagiaan yang aku alami sekarang berkekalan sampai bila-bila.. terima kasih YA ALLAH kerana memberikan aku hidayah untuk memaafkan apa yang terjadi.. ALHAMDULILLAH :)




      dear abah,
setelah apa yang ku lalui bukan mudah untuk ku tempuhi,
namun demi insan yang melahirkan ku,
akan kucuba menerima abah sebaik mungkin,
semoga keluarga bahagia kita kekal sampai bila-bila,
semoga tidak berulang lagi peristiwa sebelumnya,
semoga apa yang kakak lakukan demi keluarga dihargai,
semoga peluang kedua yang diberikan untuk abah dapat digunakan sebaik mungkin..

walaupun penghijran saya bukan dari bentuk keislaman namun bagi saya penghijrahan ini mampu mendidik saya untuk menjadi anak yang taat, solehah buat keluarga.. jika dulu hidup bertemankan air mata namun setelah segalanya terjadi saya mampu tersenyum bahagia kembali..




with my beloved abah 

I LOVE YOU SO MUCH